Sunday 22 June 2014

Kecergasan Ronaldo terus cetus resah skuad Portugal


Manaus: Keraguan menyelubungi tahap kecergasan Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo menyebabkan Portugal tidak ketentuan menjelang pertemuan Kumpulan G berdepan Amerika Syarikat (AS) di Manaus awal pagi esok.

Selepas dibelasah 4-0 oleh Jerman pada perlawanan pembukaan, Portugal akan pasti tersingkir sekiranya mereka tewas kepada Yanks. Namun persiapan mereka bagi menghadapi perlawanan itu juga tidak seperti diharapkan.

Walaupun kem Portugal menegaskan bahawa bintang penyerang Real Madrid itu sudah cergas, Ronaldo dilihat meletakkan ketulan ais pada lututnya ketika sesi latihan dan meninggalkan padang lebih awal ketika rakan sepasukan masih berlatih dan dia jauh daripada persembahan memukau ketika berdepan Jerman.

Banyak spekulasi media memberi fokus sama ada dia boleh beraksi menentang AS atau tidak, atau sekiranya dia boleh, adakah dia cergas sepenuhnya.

Tindakan bodoh

Namun rakan penyerang, Helder Postiga berkata terlalu banyak diperkatakan mengenai ketulan ais itu. “Secara peribadi saya rasa apa yang diperkatakan mengenai Cristiano Ronaldo kadangkala terlalu berlebihan, jadi saya bayangkan bagaimana perasaannya terhadap perkara itu,” kata Postiga.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


                                                                                     AdminLN - S||v

No comments:

Post a Comment

Your Comment.