Tuesday 17 June 2014

Danial tergamam muncul juara

Assalamualaikum...

    Selepas satu-satu ujibakat di siaran-siaran televisyen,malah pemenang juga sdah ad kan? kpada sesape yg selalu mngikuti siaran langsung program realiti kanak-kanak Idola Kecil Ultra,mesti sdah thu peserta dari Tawau, Sabah iaitu Danial Cheur Hamasiah dinobatkan sebagai juara pada malam Sabtu lalu.

Bertempat di KL Live @ Live Centre, Kuala Lumpur, Danial, 13, yang juga pernah menjadi juara untuk Idola Kecil musim keenam tidak menyang­ka menewaskan tiga lagi rakannya iaitu Azzam, Balqis dan Harris.


Selain hadiah berkenaan, Daniel berpeluang mendapat kontrak bernilai RM50,000 bersama The Talent Unit yang menerbit dan menguruskan kerjaya nyanyiannya pada selepas ini.

Foto 
DANIAL ketika berduet dengan Asmidar.

Ketika ditemui selepas rancangan selesai, Danial nyata terkejut dengan kemenangan kali keduanya itu kerana mengakui saingan daripada tiga peserta lain amat sengit pada malam kemuncak berkenaan.

“Saya memang tak sang­ka kerana kawan lain turut membuat persembahan yang hebat. Apabila diumumkan sebagai pemenang dan melihat gambar saya yang keluar di skrin, saya akui sangat terkejut kerana terlalu teruja untuk mengetahui keputusannya.

“Sedari awal menyertai IKU, saya melihat persai­ngan semua sengit-sengit belaka sehinggakan saya mula terfikir tidak apalah kalau tidak menang asalkan dapat bersama kawan berkongsi pengalaman me­nyertai pertandingan ini,” katanya.

Dia kini sedang bersekolah di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur yang terletak di Shah Alam bakal menukar aliran ke sekolah biasa bagi memberi tumpuan terhadap karier nyanyian selepas ini.

“Disebabkan sekolah saya sekarang sangat sibuk dan tiada masa untuk membuat latihan nyanyian saya terfikir untuk menukar ke sekolah biasa di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan pak cik menetap di Kuala Lumpur jadi tiada masalah untuk saya melakukan proses penukaran sekolah.

“Dengan ini lebih mudah untuk saya membahagikan masa di antara pelajaran dan kerjaya selepas ini,” katanya lagi.

IKU dicetuskan selepas kejayaan program realiti kanak-kanak Nombor Satu Malaysia, iaitu Idola Kecil yang sudah pun bersiaran selama enam musim di TV9 dan memperlihatkan persaingan 30 peserta terbaik menerusi musim terdahulu.

Tempat kedua menjadi milik Muhammad Azzamuddin Lop Hashim atau Azzam, 17, finalis daripada Idola Kecil musim ketiga.

Azzam mendendangkan lagu nyanyian asal Azlan & The Typewriter iaitu Kelibat dan sebuah lagu baru berjudul Dengar duet bersama Awi Rafael.

Manakala Harris Alif Rashidi atau Harris, 15, juara Idola Kecil musim ketiga terpaksa akur berada di tempat ketiga.

Harris mendendangkan lagu nyanyian asal John Legend, All of Me dan lagu baru berjudul Destinasi duet bersama Radhi dari kumpulan OAG.

Satu-satunya finalis perempuan iaitu Nor Balqis Ahmad Tajuddin atau Balqis, 15, daripada Idola Kecil ­musim ketiga berada di tempat terakhir.

Balqis mendendangkan lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza berjudul Nirmala dan lagu baru iaitu Nyawa duet bersama Aepul.

Penjurian kali ini memperlihatkan 90 peratus daripada markah diadili oleh juri profesional iaitu Tomok, Akim Ahmad dan Elfira Loy manakala 10 peratus lagi diadili oleh peminat.

Dalam perkembangan sama, IKU turut menyampaikan Anugerah Idola Ultra kepada Azzam yang dipilih oleh peminat menerusi laman web TV9 sebelum pertandingan akhir bermula.

Program yang dihoskan oleh Aliff Satar itu turut menampilkan Encik Mimpi sebagai pe­nyanyi jemputan yang mendendang­kan lagu popularnya iaitu Rindukanlah.

Sementara itu, Pe­ngurus Besar TV9, Zurina Othman berkata, program berkenaan diwujudkan kerana tidak mahu mempersia-siakan bakat peserta daripada keenam-enam musim sekali gus memperlihatkan penerbitan IKU yang menyaksikan pertarungan antara 30 finalis terbaik sepanjang enam musim.

“Kami memang ada perancangan untuk menghasilkan IKU. Selepas melihat kejayaan Idola Kecil kami berusaha untuk mengekalkan prestasi program ini justeru dengan adanya IKU ia adalah kesempatan buat semua peserta Idola Kecil untuk terus menggilap bakat mereka.


 -SEKIAN-                                                                                      

                                                                                         AdminLN - Ryh

No comments:

Post a Comment

Your Comment.